Lady pasti semua sudah terbaca kisah cinta Nabi Yusof a.s dan Siti Zulaikha, isteri kepada seorang pemerintah Mesir pada zaman itu. Kisah yang dipaparkan banyak versinya dan sukar untuk ditentukan sejauh mana kebenaran cerita-cerita tersebut.
Pelbagai pendapat dikaitkan dengan kisah Siti Zulaikha, isteri pemerintah Mesir dan akhirnya menjadi isteri kepada Nabi Yusof a.s..
Terdapat pendapat yang menyatakan Siti Zulaikha merupakan gadis yang baik, yang mengahwini pemerintah Mesir semata-mata untuk mendapat cintanya (Yusof) yang selalu mendatangi mimpi-mimpi malamnya. Seperti yang diceritakan di SINI.
Pendapat yang tersebar secara meluasnya adalah kisah yang dikaitkan dengan Siti Zulaikha yang berakhlak buruk, yang merupakan isteri kepada pemerintah Mesir. Yang berusaha menggoda Nabi Yusof, anak angkatnya sendiri kerana terlalu terpesona dengan ketampanan baginda. Kisahnya pula boleh dirujuk di SINI dan SINI.
Walau bagaimanapun jalan ceritanya, kisah yang ingin disampaikan adalah sama, iaitu ketampanan Nabi Yusof as., kisah Siti Zulaikha yang begitu mencintainya, kisah bagaimana Nabi Yusof dipenjarakan, bertemu semula dengan keluarganya dan akhirnya baginda berkahwin dengan Siti Zulaikha. Kisah sebenar yang ingin disampaikan bukan kisah cinta Nabi Yusof, tetapi kisah perjalanan kehidupan Nabi Yusof daripada baginda kecil sehinggalah baginda menjadi pemerintah Mesir, perjuangan Nabi Yusof dalam menyampaikan dakwahnya. Manakala kisah cinta Yusof dan Zulaikha hanyalah secebis kisah yang dimasukkan sekali untuk menunjukkan bagaimana Nabi Yusof melawan nafsunya apabila digoda oleh Siti Zulaikha. Kerana takutnya baginda kepada Allah swt, baginda menolak ajakan Siti Zulaikha.
Apabila kita mendengar/ membaca surah Yusof di dalam al-Quran, apa yang terbayang di dalam fikiran kita adalah kisah cinta Nabi Yusof, bukan perjuangan sebenar Nabi Yusof dalam menyampaikan dakwahnya, menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Rasulullah.
Ini maksud ayat-ayat al-Quran yang dipetik daripada Surah Yusof yang berkaitan dengan Siti Zulaikha untuk rujukan kita bersama :
1. Yusuf [31] Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberikan kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka“. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!".
2. Yusuf [32] (Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina."
3. Yusuf [33] Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya."
4. Yusuf [23]dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu“. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya."
5. Yusuf [24] dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.
6. Yusuf [25] dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
7. Yusuf [26] Yusuf pula berkata: “Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku“. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
8. Yusuf [27] Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar“.
9. Yusuf [28] Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.Kisah-kisah cinta Siti Zulaikha dan Nabi Yusof yang kebanyakan diceritakan sukar untuk diketahui kebenarannya. Banyak kisah yang diselitkan untuk mengindahkan lagi cerita tersebut sehinggakan sukar untuk dicari yang manakah kisah yang sebenar. Ini merupakan pendapat daripada Ustaz Sharizal untuk rujukan kita bersama.
SEKIAN....
No comments:
Post a Comment