Banyak ciptaan di dunia ini dibuat dengan cara yang kadang-kadang tidak logik.Sama ada ia bermula secara kebetulan,kajian berterusan atau sebagainya,tetapi hakikatnya ia selalu berlaku tanpa kita sangka.Misalnya,menggunakan kuman untuk menjadikan makanan lebih sedap dan menyelerakan.
Secara lazim dengan kehadiran kuma,bakteria atau virus makanan kita dikatakan tercemar.Makanan akan rosak,basi,berbau masam dan boleh menyebabkan penyakit.Malah,kuman dan kumpulannya acap kali dianggap sebagai agen perosak dan makhluk jahat.Sabaliknya,tanpa kita sedari daripada satu keburukan yang tersurat,tersembunyi seribu kebaikan yang tersirat.
Sains broteknologi adalah satu bidang yang sangat menarik dan menemukan kita dengan banyak perkara yang tidak masuk akal.Aplikasi ilmu ini dalam bidang makanan bukanlah sesuatu yang baharu,malahan sudah diketahui sejak ribuan tahun lampau.Hanya penjelasan secara sainstifiknya secara tidak nampak itu ramai yang tidak tahu.
Satu daripada makananyang paling popular dan terhasil daripada kerja-kerja makhluk halus ialah kicap,Sos kacang soya berwarna hitam legam ini digunakan hampir di segenap ceruk bumi.Di setiap negara juga mempunyai versi kicap mereka sendiri sesuai dengan cita rasa tempatan.Perkataan 'kicap' didakwa berasal daripada bahasa Hokkien,iaitu koechiap atau ke-tsiap.
Kicap adalah penyedap makanan yang secara umumnya rasa masin dan manis.Asasnya,kicap diperbuat daripada kacang soya,tetapi ada juga yang dibuat daripada air kelapa untuk menjadikan ia masin selain menggunakan ikan laut.Walaubagaimanapun,rasa masin kicap lazimnya datang daripada garam yang merupakan ramuan paling mustahak.
Kicap tulen diperbuat daripada soya yang ditapai atau diperam dengan koji.Koji atau nama lainnya kulapuk adalah 'kuman' atau dengan istilah saintifiknya Aspergillius orizae.Koji juga dikenali sebagai ragi.Tanpa kehadiran unsur penting makhluk seni ini,kicap tidak akan terhasil.Sesetengah kicap yang berjenama murah ada juga yang menggunakan protein soya yang dihirolisis.Walau bagaimanapun,ia mempunyai warna berbeza,iaitu lebih pucat seakan-akan karamel.
No comments:
Post a Comment